Saturday, August 6, 2011

Alhamdulillah..

Alhamdulillah..
Konyang botoi den ary nie.
Berbuka bersama keluarga tercinta sangat2 bahagia.
Tapi abang n kakak ku yg diperantauan xdptla nk berbuka sama. 
Kono tggu blk dulu la br ley buko samo. haha.
Esok da kono blk shah alam. 
Malas pulok rasonye. 
Da la keje byk lg xsiap.
Aiyo.huhu.

Nk siapkan dulula malam nie.
Harap2 dapat la siapkan sketches lg 30.
fuhh! 50 sktchs tp xtaw cmne la.
men wat je.
Hope ok la.
hehe.

Okla, nk smbg tgk majalah 3.
Moto2 besar 2.
xsangka masuk Malaysia Book Of Records.
Saya bangga jadi anak Malaysia.
haha.

Friday, August 5, 2011

Wahai lelaki hargailah wanita yang menyayangimu..sebak baca nie..

Dia terlalu sayangkan aku. Itu yang aku sangat pasti. Atas sebab itu aku rasa terlalu selesa kerana aku yakin dia tak kan meninggalkan aku. Dia sanggup mengetepikan kepentingan diri sebab nak menjaga hati aku. Sering aku biarkan dia memujuk dirinya sendiri bila dia merajuk. Buat apa aku nak pening-pening pujuk dia kalau dia sendiri akan kembali padaku dan meminta maaf atas keterlanjuran sikapnya sendiri. Sebarang perselisihan, dia yang akan mengalah dan dia akan menyalahkan dirinya sendiri walaupun jelas memang salahku.

Dia wanita yang rela berkorban apa sahaja kecuali satu, dia tak mahu dirinya disentuh sebelum kami memiliki ikatan yang sah . Dan atas sebab yang satu itu aku rasa dia perempuan yang membosankan. Nak pimpin tangan pun tak boleh. Apatah lagi nak peluk. Ada pun bergesel bahu itu pun sebab aku yang sengaja. Sampai satu tahap aku rasa dia sangat membosankan. Aku cemburu tengok kawan-kawan aku boleh pegang tangan awek diorang. Tapi aku? Bila aku cakap macam tu, dia cuma senyum dan cakap pada aku, “Belum tentu perempuan yang sentuh boyfriend dia tu sayang boyfriend dia lebih dari saya sayang awak… Belum tentu perempuan tu ada masa susah senang boyfriend dia macam saya ada untuk awak…

Yang nyata, aku langsung tak setuju jawapan dia tu. Aku tengok pasangan lain bahagia, sudah tentu girlfriend kawan-kawan aku sayangkan mereka sebab girlfriend masing-masing membelai kawan-kawan aku dengan penuh kasih sayang. Tapi aku? Jangan harap. Balik-balik jawapan yang sama. Tunggu lepas kahwin. Aku bosan tahu tak! Sampai satu masa aku dah tak tahan lagi. Aku minta kami berpisah. Aku nampak air matanya berlinang tapi sikit pun aku tak rasa kasihan.

“Mungkin kita tak ada jodoh. Awak lelaki yang baik. Awak berhak dapat perempuan yang lebih baik. Saya nak awak janji dengan saya satu benda, untuk kali terakhir. Satu hari nanti bila awak jatuh cinta dan awak betul-betul sayangkan dia, hargai perempuan tu. Mudah-mudahan perempuan tu akan sayang awak, terima awak seadanya, hormati awak sebagai lelaki dan yang paling penting bahagiakan awak. Saya akan bahagia tengok awak bahagia,” tu kata-kata terakhir dia untuk aku. Dia senyum walaupun air mata berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak tunjuk mulia. Bosanlah dengan perempuan macam ni. Malas aku menghadap dia lama-lama. Cepat-cepat aku nak blah dari situ. Tiba-tiba ada bunyi hon dan sedar-sedar aku sudah tersungkur di seberang jalan. Satu dentuman yang kuat bergema dan aku lihat dia terbaring di hadapan sebuah kereta. Dia selamatkan aku! Lelaki yang dah menyakitinya! Darah membuak-buak keluar dari kepalanya. Ambulans datang dan membawa aku dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam kabut. Dia perlu dibedah segera kerana kecederaan teruk di kepala. Ramai kawan-kawan dan keluarganya turut ada sama. Aku tengok seorang wanita yang hampir sebaya ibuku menangis. Mungkin ibu dia. Mengalirnya air mata seorang ibu kerana aku. Rasa bersalah menimpa aku. Aku dah sakiti dia tapi dia rela berkorban nyawa untuk aku. Aku berdoa semoga dia selamat. Semoga aku sempat meminta maaf. Semoga masih ada ruang dalam hati dia untuk aku. Dia sangat baik. Aku tak mahu kehilangan dia. Dia ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam pembedahan selesai. Dia berada di dalam ICU. Dia koma, tapi doktor kata dia masih mampu mendengar. Tiba-tiba seorang kawannya menghampiri aku. Kawannya menghulurkan sesuatu. “Aku rasa benda ni dia nak bagi pada kau,” hanya itu yang gadis itu ucapkan pada aku. Kawannya terus berlalu selepas itu. Pandangan kawannya pada aku penuh benci. Tahukan kawan dia tentang kejadian sebenar? Yang nyata aku tak pernah mahu berbaik dengan kawan-kawan dia. Pernah juga dia bersuara tentang hal itu tapi aku sekadar buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka bungkusan itu. Pasti hadiah untuk hari lahirku. Hari lahirku dua minggu lagi. Balutan kertas itu kubuka dan di dalamnya ada botol kaca berbentuk hati. Di dalam botol itu penuh dengan origami berbentuk bintang. Ada kad kecil berwarna biru kegemaranku. Aku sebak membaca bait-bait dalam kad itu.

“Dalam origami bintang ni ada kata-kata saya untuk awak. Awak buka setiap hari SATU sahaja. Mungkin saya tak dapat nak hubungi awak setiap hari sebab kesibukan kerja. Tapi, bila awak baca setiap hari, anggaplah setiap hari saya berhubung dengan awak. Saya nak awak tahu setiap masa awak ada dalam hati saya. Happy Birthday sayang…”

Aku buka botol kaca berbentuk hati itu dan kuambil satu bintang. Kubuka origami itu dan di dalamnya tertulis, “Love is like a poisonous mushroom. You don’t know if it is the real thing until it is too late..” Aku tersenyum sendiri. Aku buka lagi bintang yang seterusnya. Walaupun dia meletakkan syarat satu hari cuma satu. Di dalam semua origami itu penuh kata-kata semangatnya untuk aku dan suara cintanya yang ikhlas. Demi Allah, sepanjang aku bergelar lelaki dewasa, inilah pertama kali aku menangis semahunya. Air mata aku tak berhenti mengalir sepanjang membaca kata-kata dalam origami itu sehingga habis semuanya kubaca. Aku telah menyakiti seorang wanita yang luhur.

Aku melawatnya di hospital. Walaupun mukanya penuh calar, bibirnya pucat dan kepalanya berbalut, dia tetap cantik di mata aku. Dia bukanlah wanita yang memerlukan make up tebal kerana dia memiliki kecantikan asli. Atas sebab itu aku menghalangnya terlalu rapat dengan mana-mana lelaki kerana gusar jika ada yang tertarik. Dia sekadar menurut. Demi menjaga hati aku. Aku capai tangannya yang berselirat dengan pelbagai wayar yang aku pun tak tahu. Sejuk tapi betapa lembutnya tangannya. Pertama kali aku menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya, “Sayang..saya datang… Cepatlah sedar. Saya rindukan awak. Saya banyak bersalah pada awak. Saya minta maaf,” pertama kali aku minta maaf darinya. Tiba-tiba denyutan nadinya jadi tidak menentu. Aku panic.

“Hei, apa yang kau dah buat pada dia? Tak cukup kau sakiti kawan aku?” jerkahan kawannya mengejutkan aku. Doktor dan beberapa jururawat bergegas masuk dan aku diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa supaya dia cepat sembuh, cepat sedar. Aku gusar sekiranya Allah mengambil nyawanya. Bukan aku tidak redha dengan ketentuan, aku sedar aku masih perlukan dia. Aku sayangkan dia. Genap dua minggu, aku mendapat berita dia sudah sedar. Aku bersyukur. Inilah hadiah hari lahir yang paling bermakna untuk aku. Dia juga sudah dipindahkan ke wad biasa. Aku mahu melawat dia. Aku rindu senyuman dia.

Aku mendapat panggilan telefon yang meminta aku mengambil tempahan. Namun kerana terlalu gelojoh, aku terlanggar botol kaca bentuk hati pemberian dia. Ah, semuanya akan aku uruskan nanti. Aku biarkan serpihan kaca bertaburan di lantai.

Tak sangka dia menempah kek khas untuk aku. Dia atas kek itu tertera bahagian belakang jersi pasukan bola sepak kegemaranku, Arsenal berserta namaku dan nombor kegemaranku. Aku senyum sendiri. Bahagianya aku.

“Abang bertuah. Girlfriend abang cakap dia tak tahu apa-apa fasal bola. Dia cuma tahu pasukan apa yang abang minat dan nombor yang abang suka. Sebab tu dia tempah kek ni khas untuk abang dan minta abang ambil sebab dia nak buat surprise. Dia cakap
dia nak makan kek ni dengan abang. Kakak tu cantik, baik pulak tu. Abang kirim salam pada akak ya? Abang jaga akak tu elok-elok,” ramah gadis yang bekerja sebagai juruwang di kedai itu memberitahuku. Aku senyum sepanjang jalan ke hospital.

Sampai di hospital aku lihat dia sedang duduk di atas katil. Tiada sesiapa bersamanya. Dia sekadar termenung. Aku senyum padanya. Dia seakan terkejut melihat aku datang. Aku terfikir juga, boleh ke orang sakit makan kek? Tapi kan dia nak makan kek ni dengan aku.

“Sayang.. terima kasih kek ni. Saya happy sangat awak dah sedar. Adik cashier kedai tu kirim salam pada awak. Dia cakap awak nak makan kek ni dengan saya. Saya suapkan ya?” aku suakan sudu pada dia. Tapi sesuatu yang aku tak pernah duga, dia tepis tangan aku sampai sudu terpelanting ke lantai. Dia tak pernah kasar dengan aku. Dia selalu melayan aku dengan lembut. Aku pernah cuba pegang tangan dia pun dia tolak dengan baik. Mungkin dia terlalu terluka dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni. “Baliklah. Saya makin sakit tengok awak. Bawak balik kek tu sekali. Saya tak nak tengok apa-apa berkaitan awak lagi,” pantas dia menarik selimut menutup muka. Aku terkedu sendiri. Dia tak mahu pandang aku lagi. Hati dia dah tertutup untuk aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku datang lagi tapi katil dia sudah kosong. Aku risau jika apa-apa yang buruk berlaku padanya. Dari jururawat aku tahu dia sudah dibenarkan pulang kerana keadaanya sudah stabil. Tapi yang mebuatkan jantung aku hampir gugur bila jururawat itu memberitahu dia masih menjalani rawatan susulan dan terapi kerana dia lumpuh. Dia lumpuh kerana aku!

Itu semua tiga tahun yang lalu. Sejak kejadian tu aku tak pernah jumpa dia lagi. Tahu apa-apa khabar berita pun tidak kerana aku memang tak pernah nak berbaik dengan kawan-kawannya. Walaupun sudah tiga tahun tapi aku masih merinduinya. Aku tak jumpa wanita yang mampu menyayangi aku lebih dari dia. Ah, panjangnya menung aku sampai nasi di hadapan mata sudah hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap makanan ke dalam mulut, mataku terpaku pada satu wajah yang duduk selang beberapa meja dari aku. Dia? Aku pasti tu dia. Senyum dia masih sama. Tapi keadaan tidak lagi serupa. Dia sedang makan bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia mengusap perutnya. Dia mengandung. Maknanya dia sudah kahwin. Dan aku lihat lelaki yang juga makan di sebelahnya mengusap-usap tangan dia. Pasti itu suaminya. Dan aku sedar aku tak setanding suaminya sebab lelaki itu kelihatan lebih serba-serbi dari aku. Air mataku rasa ingin mengalir. Senyuman mahal milik dia yang dulu cuma untuk aku kini khas buat lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu aku tak nafikan. Cuma suaminya yang dapat menyentuhnya. Cuma suaminya yang dapat melihat apa yang terlindung. Dan aku sangat pasti, cuma suaminya yang mendapat takhta paling agung dalam hatinya yang suci.

Dia seperti botol kaca berbentuk hati yang pernah diberikan padaku dulu. Botol itu sudah pecah, namun aku sudah ganti dengan yang baru. Yang sama tapi tak serupa. Botol yang lama dipilih oleh dia dan yang baru dipilih oleh aku. Walapun aku masih menyimpan serpihan kaca botol itu, bentuknya tak lagi sama macam dulu. Dan sangat mustahil untuk kembali seperti dulu.

Pesanan buat semua lelaki, hargailah wanita yang menyayangi kamu. Jangan jadi macam aku. Matanya sangat cantik tapi aku selalu biarkan dia mengalirkan air mata dengan perbuatanku. Hidungnya yang kecil dan comel selalu aku sesakkan dengan asap rokokku walaupun aku tahu dia tak suka dan asap rokok boleh buat dia sakit kepala. Bibirnya sangat indah tapi aku selalu biarkan bibir itu tersenyum paksa kerana mangalah dengan setiap kemahuanku. Telinganya aku tak pernah nampak, terlindung, tapi telinga itu sering aku biarkan menerima segala marahku. Hatinya sangat lembut, dan aku selalu toreh dengan belati tajam dan aku biarkan dia merawat sendiri luka itu. Akhirnya, aku hanyalah lelaki ego yang tak memiliki apa-apa kerana dia sudah dimiliki orang lain.  

Kesimpulannya: Bercintalah Kerana Hati Yang Ikhlas...Perempuan Bukan Mainan...Bukan Bercinta Kerana Nafsu...Hayatilah Seelok2nya Cerita Ini...


Artikel nie aku amek kt fb..

Sangat lama tak bersentuh..haha..

Holla semua.
Eh! mcm mat saleh lak.
Assalamualaikum semua, barulah melayu. haha.
lama rasanya blog nie xdisentuh. sedar2 da dalam bulan Ramadhan da sekarang. hehe.
Selamat menyambut Ramadhan. Moga2 di bulan yang mulia nie dapat kita tingkatkan amal.
Berbuka jangan terlalu banyak n sampai kekenyangan. Apala yg aku merapik nie.

Di bulan yang mulia nie yang baru 5 hari, belum terlewat lagi aku nk minta maaf kt semua orang yang penah tersinggung dengan aku. Yang sedar and yang xsedar. Aku nie manusia biasa yang xlari dari kesilapan. Semoga dengan kehadiran bulan yang mulia nie lagi bertambah berkat dan tenang.

Tahun nie raya xtaw la Rya kt mana. Sumenye bergantung kt Family ku. haha. Tapi yg pasty tahun nie Family akak sulung aku raya sekali. Yahoooo!!!!hehe. Lagi seronok kalo semua ada. Cuma yg lain ikut giliran. haha. Tahun nie amat bermakna untuk aku. bermakna ke?hehe. Bermakna sbb byk dugaan yg dapat aku tempuh dengan tenang. Semua dapat diatasi. Tahun nie jugak Semua yg aku nak aku dapat kecapi. Alhamdulillah. 

Friday, May 13, 2011

Mesti tonton. terbaik! huhu.

*image from google

Aku da tengok. Korang mesti kene tengok. Movie nie mesti kena tengok. Sebab cerita nya sangat happening. Kalau korang xcaya korang google la kt mana2 msti bagi ranking yang tinggi untuk movie nie. Tapi mesti ada jugak yang x suka. Aku suka sangat sebab aku mmg suka tgk cta2 cm nie. Sebab yang lain pulak. Sebab adanya Paul Walker. Suka sangat. Nak bagi sinopsis xbes lak. Korang kene tengokla sendiri. banyak sebab yang korang kene tengok. hehe..

My white. huhu.

*NAME
    Russyafiqah Sharudin aka Ika

*OCCUPATION
    Student

*BLOOD TYPE
    A

*FOOD
    Anything

*WESTERN ZODIAC
    Pisces

*HOBBY/ GAME/ SPORT
    Something different

*PROUDEST MOMENT (S)
    Everyday when i wake up and realize how fortunate i am

*IF I COULD REDO SOMETHING IN LIFE, IT WOULD BE
    Live life with no regrets

*WHY I EXIST
    ....to be better


HAHA.. aku rasa macam aku back to scholl. Biodata 2. kah2. x de niat pon nak wat nie. Tapi sebabkan bosan. Bila da deactived facebook nie rasa lain pulak. Dulu kalau online je mesti akan bukak facebook. hee. Tapi skunk layan blog pulak. huhu. Kalau siapa2 nak cari aku 2 kene la call or tgk kt blog aku nie. hehe. Aku malas la nk active balik facebook. kadang2 hati ni xdpt detect sume yang ada kat otak. apa aku ckp nie?layan je la. haha.

Malam nie aku teman Zeyana Tarmizi kt umah dia. Kira aku tidur sinila. hehe. Kawan2 yang lain da pulang ke kampung masing2. maklumla short sem kan, banyak lak cuti. hehe. Cian lak aku kt dia sorang2. Petang tadi kami semua hantar wani kt airport subang. dia balik Kelantan. Elyn, Ze, Wani, Nana(kawan Elyn), n Aku yang g. cantik juga airport subang 2. Lama x g. Sunyi je. hee.

Thursday, May 12, 2011

Rindu

Lama rasanya xmengupdated blog nie.
Bukan sengaja, tapi masa tu membuatkan banyak bende yang perlu dilakukan. 
Tambahan, jarang dapat Online. Tiada lappy. Ini pon lappy Zeyana Tarmizi. Tq Ze. haha.

Rindu?haha.

Sebenarnya banyak benda yang aku nak cerita. Tapi aku xtahu nak mula dari mana. haha.
Ok. Aku rasa, aku mula dari sini la. hehe. Aku nak cerita tapi cerita aku ni sedih ada, duka ada. Aku pon xpasti la. Aku deactived facebook aku since petang tadi. Meliani Zainal yang buatkan. Sebab dia online petang tadi. hehe. Aku deactived sebab aku rasa aku nak tumpukan kat blog je. Eceh! poyo lak aku nie. haha. Bagi aku facebook nie kadang-kadang buatkan aku sakit hati. Bukan sakit hati sebab "boyfriend" ok. tapi sebab kawan2 lama. Aku rindukan kawan2 lama. Apa aktiviti yang mereka rancang mesti aku xterlibat. sebabnya aku xtahu dan xajak pon. aku sedih sangat. Cemburu pon ada. Tapi nak buat macam mana kan. Aku siapa tok tahu semua 2. Padahal mereka ada no phone aku. Aku rindu dengan mereka. Mula2 aku dapat tahu mereka pergi Sunway Lagoon. Tu aku ada juga kecil hati. Tapi aku buat xkisah. Baru2 ni mereka pergi Melaka pulak. Aku sangat terkejut. Tapi apa la aku boleh buat kan. haha. Yang pasti aku rindu korang wey..Aidisya Zahira pon aku rindu. hehe. Rindu sangat kt korang. Plan apa2 jangan lupakan aku. hehe.


A whisper..
     To speak in a whisper..
          To whisper..
               Like the sea....

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulud Nabi semua..

* GOOGLE PICTURE

Selamat Menyambut Maulidur Rasul semua. Semoga anda semua mendapat keberkatan di hari yang penuh dengan kemuliaan ini. 

Wednesday, February 9, 2011

Biala apa yang terjadi menjadi 1 sejarah...





Aku rasa sekarang ni aku sangat ego dengan diri aku dan orang lain. Bukan aku minta semua ni jadi, tapi aku rasa aku memang kene ego. Biarlah apa orang nak cakap. Ni memang aku. Yang xkenal aku 2 memang akan anggap aku bukan2. Tapi bagi aku, buat aku nak pedulikan semua 2. Mulut orang xde sape boleh halang. Hidup aku tahun nie rasa macam sangat sunyi. Apa yang aku buat selalu je salah. Tu xkene nie xkene. Aku pelik dengan diri aku yang sekarang. Aku rindu dengan zaman belasan tahun aku. Apa la yang aku merepek ni kan. hehe. Sory la kalo korg yang baca rasa belit2. Sebenarnya nak cerita benda lain, tapi benda lain yang aku tulis. haha. 

Cinta?

Apalah ada dengan cinta?

Kadang-kadang buat aku jadi pening, runsing, dan macam2 lagi.

Tiba2 pasal cinta lak. heheee..

Aku buntulah dengan cinta. Bolehkan hidup tanpa cinta? 

BOSAN!!

Saturday, January 15, 2011

Cerita untuk hari ini..

14hb January 2011

Nie tarikh semalam. Ah! xpedulila bila tarikh 2. Asalkan aku dapat cerita disebalik tarikh 2. hehe. Aku suka sangat dengan tarikh tu. Byk sebab aku suka tarikh tu. Yang pertamanya tarikh 2 Hari Ulang Tahun kelahiran member kesayangan aku Norain Nawawi. Aku panggil Ain je. Tp nk panggil Pingu pon ley jgk. Sebabnye dia comel macam penguin. hehe.
HAPPY BIRTHDAY AIN!! SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI. JANGAN NAKAL2 DA 20 TAHUN DA KO. CEPAT BETUL MASA BERLALU. RINDU SANGAT KAT KO. :)) RUMAH JE DEKAT TAPI XPERNAH PON DAPAT JUMPA KO. HEHE. JAGA DIRI SELALU. SEMOGA BERJAYA DALAM APA JUA YANG KO IMPIKAN.
Dia ni member dalam group AIDISYA ZAHIRA. Aku rindu sangat dengan group member aku tu. Sebenarnya aku nak letak gambarnya tapi aku xde gambar ko la. Sory Ain. Nk amek dari facebook ko xde la gambar ko. Sory ye xdpt nak letak gambar ko. Aku sayang ko n rindu sangat kt ko.
N AIDISYA ZAHIRA. 


Okeyh, cerita yang pertama da selesai. Sekarang yang kedua pulak.
Nak tau tak? Cerita kedua nie aku tak tau nak spesifikasi kan macam mana.
Sebabnya cerita nie tentang perhubungan aku. haha. Kelakar lak rasanya updated pasal hubungan nie. Kih3. Okeyh2! aku kene cerita jugak sebab aku sangat tak sangka hubungan aku boleh sampai ke tahap nie.huhu. Pada tarikh yang sama dengan hari ulangtahun kelahiran member aku nie,
aku jugak berkongsi tarikh nie untuk
HARI ULANGTAHUN PERKENALAN AKU DENGAN SI DIA YANG KE-5.
tapi tak de kek la plak. kah3. Lama rasanya 5 tahun tu. haha. Sangat aku tak sangka aku boley bertahan sampai sekarang. Aku berharap biarla kekal sampai bila-bila. Eh! tapi kena la kawin dulu. haha.
Terima Kasih Daun Keladi kerana u sayang i sampai sekarang n sanggup bertahan dengan sikap, sifat, n apa lagi ye. Tapi kan i rasa i nie baik2 je. Cuma nakal ckit je. kih3!Tol tak u?tak pe2. Tak pelu jawab. hehe.  

Tuesday, January 4, 2011

Listen..:)

Listen lyrics
Songwriters: Preven, Ann; Cutler, Scott; Knowles, Beyonce; Krieger, Henry;

Listen to the song here in my heart
A melody I start but can't complete
Listen to the sound from deep within
It's only beginning to find release

Oh, the time has come for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

You should have listened, there is someone here inside
Someone I thought had died so long ago
Oh, I'm screaming out and my dreams'll be heard
They will not be pushed aside on words
[From: http://www.elyrics.net/read/b/beyonce-lyrics/listen-lyrics.html]
Into your own all 'cause you won't
Listen

Listen, I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried to say what's on mind
You should have known

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you gave to me
But now I've gotta find my own

I don't know where I belong
But I'll be moving on
If you don't, if you won't

Listen to the song here in my heart
A melody I start but I will complete

Oh, now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what you made of me
I followed the voice you think you gave to me
But now I've gotta find my own, my own


Updatd..;))

Fuiyoo! lme btol aku xupdtd blog aku nie..Lme jgk aku tdo td..Segar nye hari nie..
Actually, aku da jrg on9..da xde laptop nie ase mls gle nk on9..blk umh lgla mls nk on9..men game je keje..ahaha..Br seminggu lbh idop tnpe Dell Tersayang ase cm ilg jiwa..Dell aku hilang sbb kene curi mggu lepas.Time on the way blk umah tercinta di Sri Kundang. Time 2 singgah KFC n PIZZA (bgunn nya sblh2) tp aku g mkn kt PIZZA. Kuar2 je dr PIZZA aku da ase cm len mcm. Apatah lagi time 2 My Bee bwk beg dslr aku. Aku da seram sejuk da. Tp still cool lg. Bila My Bee bg tau yg kete kene pecah, aku ase jantung aku cm gugur kt atas bumi. Xtaw nk ckp cmne time 2. Punah sume nya. BEG ADIDAS, BEG LAPTOP, LAPTOP DELL STUDIO, EXTERNAL HARDDISK 500gb, PENDRIVE, NOTE, LESSON PLAN..n byk lagi yg kene amek. Cuma 1 yg sgt2 aku bersyukur. MY BEBY DSLR xkene amek. Aku ase nothing time 2. Menangis 2 mmg patotla. Aku nie mmg terkenal ngn menangis.haha.Tp ape2 pon aku kene tabah la ngn sume nie..Hope sgt pencuri 2 dpt balasan nye. Tq sgt2 kt suma org yg bg semngt kt aku. Tanpa korg aku nie xtaw cmne. Nasibla aku xkene serangan jantung. Kalo x, entah2 ley meninggal time 2 jgk.